Monday, March 30, 2009

FIKIR SEJENAK....

Salam...


Ni gambar otak manusia.di sini la terletaknya segalanya.ia umpama hard disk la.kalau salah sikit ja manusia boleh "shot".jadi jaga la anugerah yang x dak spare ni.


jagalah jantung kita ni.jgn cemarkan dia dgn benda2 yg x baik.kalau barang ni berhenti berdenyut alamat kita pun pencen la di dunia ni.



dalam badan manusia ada seketul daging.kalau baik ia maka baikla manusia tu.itulah hati namanya.jaga la hati kita baik2.jangan la busuk hati, sakit hati, iri hati dll yg negatif lg.biar la kita jd org yg baik hati, senang hati dll yg positif lg.

pikir2 la.....

sekian....

Tuesday, March 24, 2009

SUKA SUKA SAJA NI


WAJAH - WAJAH WARGA SMK MEMBAKUT II


Sedia......go...go..jalan saja bah.....






Kau ni minum sudah la...jgn di tenung sumandak tu....



tengok org tu pakai cermin mata hitam.... tengah skodeng apa tah.....




3 lelaki expired...ushar mama orang ka....




Saturday, March 21, 2009

SEMBANG KESIHATAN

KECERGASAN FIZIKAL
Definisi
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan utk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.
Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan.
Komponen Kecergasan Fizikal
a) berasaskan kesihatan
  • komposisi badan
  • daya tahan kardiovaskular
  • fleksibiliti
  • kekuatan otot
  • daya tahan otot

b) berasaskan kemahiran

  • kelajuan
  • ketangkasan
  • kuasa
  • imbangan
  • masa reaksi
  • koordinasi

kita akan bincangkan komponen keceragasan berasaskan kesihatan terlebih dahulu.ini kerana komponen ini mestilah dikuasai oleh setiap individu agar kehidupannya akan jadi lebih bermakna.

Komposisi badan

komposisi badan adalah kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh.Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian.cara yang mudah untuk mengukur komposisi badan adalah dengan mengira BMI (body mass index).sekiranya bacaannya antara 18 hingga 25 anda berada dalam golongan yang ok.tapi sekiranya bacaan kurang drpd 18 anda berada dalam golongan yang kurang berat dan sekiranya bacaan melebihi 25 anda berada dalam golongan lebih berat badan dan boleh membawa kepada obesiti, jadi kena turunkan berat badan.UNTUK MENGIRA BMI ANDA CUBA LIHAT DI RUANGAN GAJET BLOG INI.

Daya Tahan Kardiovaskular

tunggu perbincangan.............AKAN DATANG

Friday, March 20, 2009

LOK KAWI WILDLIFE PARK

Salam....

Pada 17hb kami sekeluarga bersama Toye n famili telah pegi melawat Lok Kawi Wildlife Park, kat Lok Kawi.Kira macam zoo la tempat ni.nak masuk kena bayar, dewasa RM 10 kanak2 3thn ke atas kena RM5. Budak sekolah yang pakai pakaian seragam boleh masuk free tapi kena buta surat seminggu lebih awal la. Taman ni buka dari jam 9.00 pagi sampai 5.00 petang setiap hari. Kalau nak pegi melawat tempat ni dinasihatkan baik pegi waktu pagi la. Waktu tengahari agak panas sikit la. Binatang kat dlm ni x berapa banyak la sgt tp cukup la utk bg bdk2 merasa tgk hidupan liar. Antara binatang yang ada gajah borneo, harimau malaya, kuda belang, monyet hidung merah dan macam2 lagi. Antara gambar yang sempat dirakam........


adam tengok gajah......
smpai blk umah dok ingat gajah


orang utan pelik manusia pi melawat.........



bersama "awek" Wardah Syahirah anak Toye
kat sangkar monyet (ambok dlm bahasa Brunei) hidung merah


adam penat berjalan sampai kena
sikut (bahasa Brunei)Kokkong (bahasa Kedah)






berehat sekajap abah........adam penat x larat jalan dah ni.......



Toye dan anak keduanya.....dah nak masuk yang ketiga....
Tu.....hang tengok tu lembu besaq kat sana.....tak takut ka...
Sekian....

Wednesday, March 18, 2009

CUTI - CUTI

Salam.....

selamat bercuti kepada semua cikgu2 dan bdk sekolah.sempena cuti sekolah ni sempat la pi jln2.kebetulan ada member dr kedah trn kk.dia ada lawatan kerja ke UMS.jd sempat la layan dia.dlm masa sama dpt berkenalan dgn kwn baru.siap bw pi umah dia lgi kat kampung kalasanan.pastu dia bg mkn tghari lag.menu bleh tahan la ikan ayam-ayam bakar,udang fresh bt sambal n ambuyat.ada satu lagi tempat baru yg aku pegi iaitu tamu d giant kolombong.tamu ni setiap hari sabtu.di bwh ni gambar2 kenangan

didepan umah member baru jumpa kat kg kalasanan

rumah dalam air.kat bawah umah bleh nampak ikan

hidangan tengahari yg menyelerakan.ikan ayam-ayam bakar.

Adam tgh kira ayam dkt tamu d giant kolombong.

tamu ni best x panas sbb bwh bumbung giant.

posing dkt ikan plak.Adam ni mmg minat dgn binatang..

sekian........

Tuesday, March 10, 2009

MEMORI 2007


Salam.........

Dah dkt 2mggu x update blog ni.tadi tgh susun2 fail terjumpa satu gambar kenangan 2007.masa jamuan perdana hari raya dan jamuan akhir tahun di Hotel Le Meridien KK.
Masa jamuan akhir tahun ni la aku jadi pengacara majlis.lps tu terus di lantik timbalan pengerusi kelab guru.kwn2 la pekena.




Bergaya dgn baju raya masing2......



Dah kenyang melantak kat dewan lepak kat bilik guru.........


Kat dpn bilik jamuan.........
bukti pegi jamuan
dari kanan shahzian,johari,pak sudin n aku
duduk semeja dgn geng kuat mkn.
sampai ja makanan habis kena bedal.