Tuesday, December 4, 2012

Assalamualaikun dan selamat pagi....

Setelah lama menyepi hari ni baru teringat nak update blog..
semuanya berjalan lancar sejak berada di kedah...
 dah bertambah sorang lg ahli keluarga...perempuan nama Azzalea Qistina lahir 2 Julai 2012...dah masuk 5 bulan dah...

tunggu next post...

Wednesday, January 11, 2012

2012....semuanya baru....


Assalamualaikum wbt....
Dah hampir setahun tak berblog ni.bukannya apa sya terlupa password...godek punya godek dapat gak jumpa.saya rasa last skali update blog ni tahun 2010...

apa yang saya nak kongsi kali ni mengenai pertukaran sya dari sabah balik ke kedah...
syukur pada tahun lepas 2011 saya dan keluarga telah dapat berpindah dari sabah ke kedah setelah mencurahkan bakti di sabah selama hampir 6tahun...banyak pengalaman suka duka semasa berada di sabah akan menjadi kenangan terindah dalam hidup...sebenarnya saya cukup syang nak meninggalkan rakan2 di sabah.terasa berat sangat nak berpisah dengan rakan2 di sabah..saya menitiskan air mata ketika meninggalkan sabah.sabahlah tempat pertama yang mengajar saya menjadi seorg guru.ramai2 rakan yang byk mengajar sya terutamanya abg nasip, abg kabul, abg sudin, fael, kuman dan ramai lagi..saya amat menghargai segala tunjuk ajar yang telah mereka berikan..

bulan januari 2011 bermulalah satu episod baru dalam karier sebagai guru..pada 17 januari 2011 saya telah melaporkan diri di smk pokok sena2 untuk bertugas.sekolah ini merupakan sekolah kedua saya bertugas selepas smk membakut 2.smk pokok sena2 merupakan sebuah sekolah baru dibuka pada julai 2010 dan terletak di daerah pokok sena dibawah seliaan ppd kota setar.

saya rasa cukup dulu setakat ini...

gambar terbaru anak2 dan bini...
masa p melaka bulan 12/2011

Monday, July 5, 2010

HAPPY BIRTHDAY ADAM

Salam...

Apa kabar semua rakan2 yg follow blog ni.Dah hampir 8bln saya tak update blog ni.Bknya apa,line internet dah saya tamatkan.Konon2 nak guna broadband tapi coverage tak brapa bagus.Jadi tak dapat la nak update blog.

Minggu dpn 13 Julai genap la 4thn umur anak saya MuHammad ADAM HAIKAL.Mmg dia sgt2 aktif smpai tak larat nak larang.Dah la aktif nakal plak tu.Ada sj benda dia nak buat.Tak reti ddk diam Adam ni.Rancangan yg paling Adam minat apa lagi kalau bukan ULTRAMAN...Apa sj cerita pasai ultraman mmg dia tahu.Smpai nak tidur pun masih beraksi mcm ultraman.
Bln 4 yang lps Adam dpt adik perempuan bernama ALEESYA NURUL IMAN.Dia cukup sayang dgn adik.Setiap masa nak sayang adik ja.

HAPPY BIRTHDAY abang ADAM. Abah sayang ADAM

Thursday, November 19, 2009

CUTI SEKOLAH

Salam.....

Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan untuk semua pelajar di sekolah. Minggu ini juga (Khamis 19/11/09) keputusan UPSR bagi pelajar sekolah rendah diumumkan.
Berbicara mengenai cuti sekolah ini, ramai yang beranggapan gurulah orang yang paling gembira kerana cuti lama. Tetapi sebenarnya, walaupun cuti terlalu lama, banyak kerja yang perlu dirancang semasa cuti. Macam-macam perkara perlu dirancang untuk sesi persekolahan 2010.

Untuk pelajar pula, masa inilah untuk mereka berseronok bersama keluarga. Ada keluarga yang berkemampuan, membawa anak anak pergi melancong sambil menikmati panorama di tempat percutian pilihan masing-masing.

Selamat bercuti kepada semua warga pendidik....

Sunday, October 25, 2009

Sindrom Mata Tua





Presbyopia jadikan penglihatan kabur, boleh dialami seawal 30 tahun

JIKA anda membaca, berapa jauhkah jarak bahan bacaan dengan mata? Pada ukuran lengan didepa atau perlu dibengkok bagi memudahkan anda lebih fokus? Jika anda menulis atau menjahit pula, adakah anda terasa sakit kepala dan mata pula menjadi kering dan penat?

Kesemua itu adalah tanda-tanda anda mengalami presbyopia iaitu keadaan ‘mata tua’ yang disebabkan faktor usia. Ia berlaku perlahan-lahan menyebabkan anda tidak menyedari ia berlaku hinggalah usia mencecah 40 tahun ke atas.

Ketua Pengarah Eksekutif, Institut Penyelidikan Mata, Universiti New South Wales, Prof Brien Holden berkata, mata tua disebabkan presbyopia berbeza dengan masalah rabun jauh, rabun dekat atau pun silau (astigmatism). Kesemua masalah itu berkait dengan bentuk anak mata yang kerap kalinya disebabkan genetik atau faktor persekitaran. Namun, presbyopia pula adalah hilangnya keupayaan fleksibel kanta dalam mata.

Jelasnya, faktor usia menyebabkan perubahan terjadi pada protein dalam kanta mata, mengakibatkan kanta mengeras dan kurang elastik. Ia turut menjadi punca perubahan pada otot di sekeliling serat kanta. Disebabkan ia kurang elastik, mata sukar untuk memfokus.

Walaupun presbyopia umumnya berlaku pada mereka yang berusia 40 tahun ke atas, ada juga yang berhadapan dengan masalah ini lebih awal disebabkan komplikasi penyakit lain atau pengambilan sesetengah jenis ubat.

Pesakit diabetes, sclerosis berbilang (MS), atau pesakit jantung adalah mereka yang berisiko diserang presbyopia pada usia yang lebih muda. Selain itu pengambilan ubat antikemurungan atau alkohol turut mempengaruhi.

Bagaimanapun jelas Holden, tahap usia diserang presbyopia adalah berbeza mengikut negara. Misalnya jika di Finland, warganya berhadapan dengan presbyopia pada usia 48 tahun, 38 tahun di Malawi dan mungkin 30 tahun di Malaysia, berikutan faktor sinaran matahari.

Malah, disebabkan faktor jangka hayat yang meningkat jumlah mereka yang berhadapan dengan presbyopia juga bertambah. Jika pada 2005 ada satu bilion penghidap presyobia, jumlah itu dijangka bertambah sekali ganda pada 2020.

Jelas Holden, selalunya pesakit tidak mengetahui mereka berhadapan dengan presbyopia dan berpendapat perubahan kualiti penglihatan sebagai satu kelaziman akibat usia yang meningkat.

“Malah, mereka mendapat rawatan di hospital untuk masalah lain tetapi kemudian mendapati mengalami presbyopia,” katanya.

Presbyopia tidak boleh ditangani dengan pembedahan malah kerana ia sebahagian faktor penuaan, presbyopia juga tidak boleh dicegah.

Holden berkata, presbyopia boleh dibaiki dengan memilih kanta lekap yang sesuai. Walaupun sesetengah orang lebih menyukai kaca mata, teknologi terkini membenarkan mereka yang berhadapan dengan presbyopia memilih kanta lekap dari jenis multifokal.

Andainya anda tidak pernah memakai cermin mata atau kanta lekap sebelum berhadapan dengan presbyopia, anda mungkin boleh membaiki penglihatan dengan menggunakan cermin mata saja. Untuk mendapatkan kaca mata dan kanta lekap yang sesuai, dapatkan rawatan dan khidmat nasihat daripada pakar mata. Tidak merawat presbyopia bermakna anda memilih untuk hidup dalam tekanan.

INFO: Gejala

  • Penglihatan kabur pada objek yang dekat

  • Sukar membaca tulisan yang kecil

  • Mata yang letih terutama apabila membaca di tempat kurang cahaya atau waktu petang

  • Mata tegang dan sakit kepala apabila terlalu dekat dengan bahan bacaan/jahitan.

  • Memegang bahan bacaan pada jarak kejauhan lengan untuk melihat dengan lebih jelas.

  • (Sumber Berita Harian)

    Tuesday, October 20, 2009

    Panduan Solat Qasar Dan Jama'

    Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

    1.0 Solat Qasar

    1.1 Takrifan

    Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

    1.2 Hukum Qasar

    Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

    i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

    “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

    ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

    ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
    (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

    1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

    Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiapburudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakhterdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

    1.4 Syarat Solat Qasar

    i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

    ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
    iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
    iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
    v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

    1.5 Contoh Niat

    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

    2.0 Solat Jama'

    2.1 Takrifan

    Solat Jama’ terbahagi kepada :

    i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

    ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

    2.2 Syarat Solat Jama’

    2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

    i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
    ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
    iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
    iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
    v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

    2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

    i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
    ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

    2.3 Contoh Niat

    2.3.1 Jama’ Taqdim

    i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

    أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

    ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

    2.3.2 Jama’ Ta’khir

    i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

    أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

    ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

    (Sumber Jakim)


    Kelam-kabut sindrom penyakit


    Dysprexia umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama.


    SIKAP kelam-kabut mampu menyebabkan rutin harian kehidupan menjadi penuh bercelaru. - Gambar hiasan


    SEIMBAS pandang, pelajar lelaki berusia 10 tahun yang dikenali dengan nama ringkasnya, Alim langsung tidak berbeza dengan rakan-rakan sebayanya yang lain sehinggalah guru sekolahnya kerap menegur tingkah lakunya yang suka melanggar meja dan kerusi secara sembrono.

    Suatu hari, gurunya melihat koordinasi pergerakan Alim agak berbeza berbanding rakan-rakannya termasuk lambat dalam menyalin sesuatu yang ditulis di papan tulis, lalu akhirnya dia menyarankan agar Alim dibawa berjumpa pakar perubatan.

    Diagnosis dan ujian yang dijalankan mendapati, tingkah laku kelam-kabut Alim itu sebenarnya berpunca daripada abnormaliti pada sistem motor dan saraf dalam tubuhnya.

    Dikenali sebagai Dysprexia, penyakit ini umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama.

    Pakar Runding Psikitri Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh menjelaskan, dysprexia yang banyak dihadapi kanak-kanak lelaki sebenarnya mampu dikesan dari awal lagi.

    Gagal ikat tali kasut

    “Dysprexia atau istilah mudahnya sindrom kanak-kanak kelam-kabut, merupakan satu keadaan yang tidak ubah seperti autisme, dylexia, dan kanak-kanak hiper aktif (ADHD).”

    “Namun yang membezakannya ialah dysprexia melibatkan ketidakjajaran pergerakan motor anggota badan dan otak,” jelasnya.

    Tambah Nor Hamidah, simptom awal dysprexia boleh dikesan pada setiap peringkat perkembangan motor bayi iaitu daripada merangkak dan berjalan.


    INDIVIDU yang cantik dan seksi tidak terkecuali daripada mengalami dysprexia. - Gambar hiasan


    Daripada perkembangan ini, pakar akan melihat sebarang abnormaliti yang wujud terutamanya dari aspek mengimbangkan diri, sensitiviti terhadap sentuhan dan pergerakan fizikal yang berterusan.

    “Paling mudah untuk mengesannya ialah kanak-kanak tersebut sukar mengimbangi diri ketika berbasikal, mengikat tali kasut serta sering melanggar objek sewaktu berjalan,” ujarnya.

    Pelakon remaja yang terkenal menerusi siri filem Harry Potter, Daniel Radcliffe sebagai contoh, merupakan salah seorang pengidap dysprexia. Meskipun, tidak mempunyai masalah untuk menghafal skrip filem-filem lakonannya, Radcliffe akan menghadapi masalah apabila mahu mengikat tali kasutnya.

    “Disebabkan gagal melakukan perkara semudah mengikat tali kasut, saya melalui fasa kehidupan yang sukar ketika zaman persekolahan dulu,” ujarnya kepada akhbar Britain, Daily Mail.


    NOR HAMIDAH MOHD. SALLEH


    Kesukaran kawal pernafasan

    Dalam pada itu, selain melibatkan pergerakan, Dysprexia Oral pula merupakan gangguan melibatkan ketidakjajaran perkembangan linguastik atau fonologi ketika bercakap.

    “Masalah ini akan menyebabkan pesakit sukar mengawal organ pertuturan, membuat bunyi-bunyian, serta menyatakan perkataan secara berturut-turut termasuk membina ayat daripada perkataan,” jelas Nor Hamidah.




    Bukan itu sahaja, mereka juga mengalami kesukaran mengawal pernafasan dan lambat dari segi perkembangan bahasa.

    Bagi pengawalan koordinasi motor halus, ia mengakibatkan pesakit termasuk individu pada peringkat dewasa mengalami masalah untuk menulis dengan tangan.

    Lebih malang, ketidakseimbangan koordinasi ini turut membuatkan pesakit sukar menjalani rutin harian seperti membutangkan baju, menggunakan sudu dan garpu serta membuka penutup botol.

    “Koordinasi yang tidak simbang melibatkan saraf motor ini akan berterusan dan menyebabkan pesakit sering terlanggar objek, tidak kira kecil atau besar,” ujarnya.

    Tambah beliau, kes terjatuh tanpa sebab, tidak dapat mengagak kedudukan objek serta gagal melakukan dua tugasan serentak juga merupakan sebahagian daripada masalah dysprexia.

    “Ada kes yang lebih teruk, mereka sukar mengesan arah kanan atau kiri apabila mata ditutup serta terlupa pada pergerakan seterusnya ketika melakukan sesuatu seperti ketika sedang berjalan,” kata Nor Hamidah.

    Tiada rawatan khusus

    Menyentuh mengenai rawatan, Nor Hamidah menjelaskan bahawa tiada rawatan khusus bagi penyakit namun rawatan terapi dapat memperbaiki koordinasi pergerakan pesakit ini.

    Nor Hamidah memberitahu, sekiranya dibiarkan begitu sahaja, kanak-kanak tersebut akan membesar dengan keadaan kurang keyakinan diri, pemalu, kurang matang dan sensitif.

    “Disebabkan itu, kanak-kanak yang mengalami masalah tersebut perlu dibiarkan bermain dengan pasir, tanah liat termasuk memanjat serta berlari di taman permainan bagi melatih koordinasi dan sensitiviti pergerakan motor tubuh,” jelasnya.

    (Sumber Kosmo)