Saturday, March 21, 2009

SEMBANG KESIHATAN

KECERGASAN FIZIKAL
Definisi
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan utk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.
Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan.
Komponen Kecergasan Fizikal
a) berasaskan kesihatan
  • komposisi badan
  • daya tahan kardiovaskular
  • fleksibiliti
  • kekuatan otot
  • daya tahan otot

b) berasaskan kemahiran

  • kelajuan
  • ketangkasan
  • kuasa
  • imbangan
  • masa reaksi
  • koordinasi

kita akan bincangkan komponen keceragasan berasaskan kesihatan terlebih dahulu.ini kerana komponen ini mestilah dikuasai oleh setiap individu agar kehidupannya akan jadi lebih bermakna.

Komposisi badan

komposisi badan adalah kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh.Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian.cara yang mudah untuk mengukur komposisi badan adalah dengan mengira BMI (body mass index).sekiranya bacaannya antara 18 hingga 25 anda berada dalam golongan yang ok.tapi sekiranya bacaan kurang drpd 18 anda berada dalam golongan yang kurang berat dan sekiranya bacaan melebihi 25 anda berada dalam golongan lebih berat badan dan boleh membawa kepada obesiti, jadi kena turunkan berat badan.UNTUK MENGIRA BMI ANDA CUBA LIHAT DI RUANGAN GAJET BLOG INI.

Daya Tahan Kardiovaskular

tunggu perbincangan.............AKAN DATANG

2 comments:

  1. Bila nak pi gym ni nak turun berat badan ngan kasi pejal otot macam body builder....???

    ReplyDelete
  2. ni pun nak kena TOV dulu, pastu OTI, pastu ETR. huhuhu.

    ReplyDelete