Thursday, November 19, 2009

CUTI SEKOLAH

Salam.....

Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan untuk semua pelajar di sekolah. Minggu ini juga (Khamis 19/11/09) keputusan UPSR bagi pelajar sekolah rendah diumumkan.
Berbicara mengenai cuti sekolah ini, ramai yang beranggapan gurulah orang yang paling gembira kerana cuti lama. Tetapi sebenarnya, walaupun cuti terlalu lama, banyak kerja yang perlu dirancang semasa cuti. Macam-macam perkara perlu dirancang untuk sesi persekolahan 2010.

Untuk pelajar pula, masa inilah untuk mereka berseronok bersama keluarga. Ada keluarga yang berkemampuan, membawa anak anak pergi melancong sambil menikmati panorama di tempat percutian pilihan masing-masing.

Selamat bercuti kepada semua warga pendidik....

Sunday, October 25, 2009

Sindrom Mata Tua





Presbyopia jadikan penglihatan kabur, boleh dialami seawal 30 tahun

JIKA anda membaca, berapa jauhkah jarak bahan bacaan dengan mata? Pada ukuran lengan didepa atau perlu dibengkok bagi memudahkan anda lebih fokus? Jika anda menulis atau menjahit pula, adakah anda terasa sakit kepala dan mata pula menjadi kering dan penat?

Kesemua itu adalah tanda-tanda anda mengalami presbyopia iaitu keadaan ‘mata tua’ yang disebabkan faktor usia. Ia berlaku perlahan-lahan menyebabkan anda tidak menyedari ia berlaku hinggalah usia mencecah 40 tahun ke atas.

Ketua Pengarah Eksekutif, Institut Penyelidikan Mata, Universiti New South Wales, Prof Brien Holden berkata, mata tua disebabkan presbyopia berbeza dengan masalah rabun jauh, rabun dekat atau pun silau (astigmatism). Kesemua masalah itu berkait dengan bentuk anak mata yang kerap kalinya disebabkan genetik atau faktor persekitaran. Namun, presbyopia pula adalah hilangnya keupayaan fleksibel kanta dalam mata.

Jelasnya, faktor usia menyebabkan perubahan terjadi pada protein dalam kanta mata, mengakibatkan kanta mengeras dan kurang elastik. Ia turut menjadi punca perubahan pada otot di sekeliling serat kanta. Disebabkan ia kurang elastik, mata sukar untuk memfokus.

Walaupun presbyopia umumnya berlaku pada mereka yang berusia 40 tahun ke atas, ada juga yang berhadapan dengan masalah ini lebih awal disebabkan komplikasi penyakit lain atau pengambilan sesetengah jenis ubat.

Pesakit diabetes, sclerosis berbilang (MS), atau pesakit jantung adalah mereka yang berisiko diserang presbyopia pada usia yang lebih muda. Selain itu pengambilan ubat antikemurungan atau alkohol turut mempengaruhi.

Bagaimanapun jelas Holden, tahap usia diserang presbyopia adalah berbeza mengikut negara. Misalnya jika di Finland, warganya berhadapan dengan presbyopia pada usia 48 tahun, 38 tahun di Malawi dan mungkin 30 tahun di Malaysia, berikutan faktor sinaran matahari.

Malah, disebabkan faktor jangka hayat yang meningkat jumlah mereka yang berhadapan dengan presbyopia juga bertambah. Jika pada 2005 ada satu bilion penghidap presyobia, jumlah itu dijangka bertambah sekali ganda pada 2020.

Jelas Holden, selalunya pesakit tidak mengetahui mereka berhadapan dengan presbyopia dan berpendapat perubahan kualiti penglihatan sebagai satu kelaziman akibat usia yang meningkat.

“Malah, mereka mendapat rawatan di hospital untuk masalah lain tetapi kemudian mendapati mengalami presbyopia,” katanya.

Presbyopia tidak boleh ditangani dengan pembedahan malah kerana ia sebahagian faktor penuaan, presbyopia juga tidak boleh dicegah.

Holden berkata, presbyopia boleh dibaiki dengan memilih kanta lekap yang sesuai. Walaupun sesetengah orang lebih menyukai kaca mata, teknologi terkini membenarkan mereka yang berhadapan dengan presbyopia memilih kanta lekap dari jenis multifokal.

Andainya anda tidak pernah memakai cermin mata atau kanta lekap sebelum berhadapan dengan presbyopia, anda mungkin boleh membaiki penglihatan dengan menggunakan cermin mata saja. Untuk mendapatkan kaca mata dan kanta lekap yang sesuai, dapatkan rawatan dan khidmat nasihat daripada pakar mata. Tidak merawat presbyopia bermakna anda memilih untuk hidup dalam tekanan.

INFO: Gejala

  • Penglihatan kabur pada objek yang dekat

  • Sukar membaca tulisan yang kecil

  • Mata yang letih terutama apabila membaca di tempat kurang cahaya atau waktu petang

  • Mata tegang dan sakit kepala apabila terlalu dekat dengan bahan bacaan/jahitan.

  • Memegang bahan bacaan pada jarak kejauhan lengan untuk melihat dengan lebih jelas.

  • (Sumber Berita Harian)

    Tuesday, October 20, 2009

    Panduan Solat Qasar Dan Jama'

    Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

    1.0 Solat Qasar

    1.1 Takrifan

    Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

    1.2 Hukum Qasar

    Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

    i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

    “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

    ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

    ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
    (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

    1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

    Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiapburudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakhterdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

    1.4 Syarat Solat Qasar

    i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

    ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
    iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
    iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
    v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

    1.5 Contoh Niat

    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

    2.0 Solat Jama'

    2.1 Takrifan

    Solat Jama’ terbahagi kepada :

    i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

    ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

    2.2 Syarat Solat Jama’

    2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

    i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
    ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
    iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
    iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
    v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

    2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

    i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
    ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

    2.3 Contoh Niat

    2.3.1 Jama’ Taqdim

    i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

    أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

    ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

    2.3.2 Jama’ Ta’khir

    i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

    أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

    ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

    أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
    (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

    (Sumber Jakim)


    Kelam-kabut sindrom penyakit


    Dysprexia umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama.


    SIKAP kelam-kabut mampu menyebabkan rutin harian kehidupan menjadi penuh bercelaru. - Gambar hiasan


    SEIMBAS pandang, pelajar lelaki berusia 10 tahun yang dikenali dengan nama ringkasnya, Alim langsung tidak berbeza dengan rakan-rakan sebayanya yang lain sehinggalah guru sekolahnya kerap menegur tingkah lakunya yang suka melanggar meja dan kerusi secara sembrono.

    Suatu hari, gurunya melihat koordinasi pergerakan Alim agak berbeza berbanding rakan-rakannya termasuk lambat dalam menyalin sesuatu yang ditulis di papan tulis, lalu akhirnya dia menyarankan agar Alim dibawa berjumpa pakar perubatan.

    Diagnosis dan ujian yang dijalankan mendapati, tingkah laku kelam-kabut Alim itu sebenarnya berpunca daripada abnormaliti pada sistem motor dan saraf dalam tubuhnya.

    Dikenali sebagai Dysprexia, penyakit ini umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama.

    Pakar Runding Psikitri Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh menjelaskan, dysprexia yang banyak dihadapi kanak-kanak lelaki sebenarnya mampu dikesan dari awal lagi.

    Gagal ikat tali kasut

    “Dysprexia atau istilah mudahnya sindrom kanak-kanak kelam-kabut, merupakan satu keadaan yang tidak ubah seperti autisme, dylexia, dan kanak-kanak hiper aktif (ADHD).”

    “Namun yang membezakannya ialah dysprexia melibatkan ketidakjajaran pergerakan motor anggota badan dan otak,” jelasnya.

    Tambah Nor Hamidah, simptom awal dysprexia boleh dikesan pada setiap peringkat perkembangan motor bayi iaitu daripada merangkak dan berjalan.


    INDIVIDU yang cantik dan seksi tidak terkecuali daripada mengalami dysprexia. - Gambar hiasan


    Daripada perkembangan ini, pakar akan melihat sebarang abnormaliti yang wujud terutamanya dari aspek mengimbangkan diri, sensitiviti terhadap sentuhan dan pergerakan fizikal yang berterusan.

    “Paling mudah untuk mengesannya ialah kanak-kanak tersebut sukar mengimbangi diri ketika berbasikal, mengikat tali kasut serta sering melanggar objek sewaktu berjalan,” ujarnya.

    Pelakon remaja yang terkenal menerusi siri filem Harry Potter, Daniel Radcliffe sebagai contoh, merupakan salah seorang pengidap dysprexia. Meskipun, tidak mempunyai masalah untuk menghafal skrip filem-filem lakonannya, Radcliffe akan menghadapi masalah apabila mahu mengikat tali kasutnya.

    “Disebabkan gagal melakukan perkara semudah mengikat tali kasut, saya melalui fasa kehidupan yang sukar ketika zaman persekolahan dulu,” ujarnya kepada akhbar Britain, Daily Mail.


    NOR HAMIDAH MOHD. SALLEH


    Kesukaran kawal pernafasan

    Dalam pada itu, selain melibatkan pergerakan, Dysprexia Oral pula merupakan gangguan melibatkan ketidakjajaran perkembangan linguastik atau fonologi ketika bercakap.

    “Masalah ini akan menyebabkan pesakit sukar mengawal organ pertuturan, membuat bunyi-bunyian, serta menyatakan perkataan secara berturut-turut termasuk membina ayat daripada perkataan,” jelas Nor Hamidah.




    Bukan itu sahaja, mereka juga mengalami kesukaran mengawal pernafasan dan lambat dari segi perkembangan bahasa.

    Bagi pengawalan koordinasi motor halus, ia mengakibatkan pesakit termasuk individu pada peringkat dewasa mengalami masalah untuk menulis dengan tangan.

    Lebih malang, ketidakseimbangan koordinasi ini turut membuatkan pesakit sukar menjalani rutin harian seperti membutangkan baju, menggunakan sudu dan garpu serta membuka penutup botol.

    “Koordinasi yang tidak simbang melibatkan saraf motor ini akan berterusan dan menyebabkan pesakit sering terlanggar objek, tidak kira kecil atau besar,” ujarnya.

    Tambah beliau, kes terjatuh tanpa sebab, tidak dapat mengagak kedudukan objek serta gagal melakukan dua tugasan serentak juga merupakan sebahagian daripada masalah dysprexia.

    “Ada kes yang lebih teruk, mereka sukar mengesan arah kanan atau kiri apabila mata ditutup serta terlupa pada pergerakan seterusnya ketika melakukan sesuatu seperti ketika sedang berjalan,” kata Nor Hamidah.

    Tiada rawatan khusus

    Menyentuh mengenai rawatan, Nor Hamidah menjelaskan bahawa tiada rawatan khusus bagi penyakit namun rawatan terapi dapat memperbaiki koordinasi pergerakan pesakit ini.

    Nor Hamidah memberitahu, sekiranya dibiarkan begitu sahaja, kanak-kanak tersebut akan membesar dengan keadaan kurang keyakinan diri, pemalu, kurang matang dan sensitif.

    “Disebabkan itu, kanak-kanak yang mengalami masalah tersebut perlu dibiarkan bermain dengan pasir, tanah liat termasuk memanjat serta berlari di taman permainan bagi melatih koordinasi dan sensitiviti pergerakan motor tubuh,” jelasnya.

    (Sumber Kosmo)


    Wednesday, October 14, 2009

    Manfaat Berjalan Kaki





    Senaman melangkah laju beri kesan kesihatan serta kecantikan

    RAMAI wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos.

    Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.


    Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.

    Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:

  • Berat badan stabil

    Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

  • Menurunkan berat badan

    Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

  • Risiko elak serangan jantung

    Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.

    Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.

  • Angin ahmar atau strok

    Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

  • Mencegah kencing manis

    Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).

    Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

  • Mencegah osteoporosis

    Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

  • Meredakan sakit lutut

    Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

    Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.

  • Tekanan

    Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

  • Kanser

    Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

    Tip jalan laju

  • Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa

  • Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata

  • Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju

  • Gerakkan lengan ketika berjalan

  • Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu

  • Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman

  • (sumber Berita Harian)

    Khasiat teh dan kopi


    MANA satu minuman kegemaran anda setiap pagi, kopi atau teh. Yang pasti, minuman ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Ada orang yang berasa tidak bertenaga dan lemah lesu selagi tidak mendapat secawan kopi atau teh. Segar rasanya setelah menghirup secawan kopi atau teh panas.

    Pun begitu, kopi atau teh ini banyak kegunaannya dari sudut kecantikan. Mudah dan berkesan.

    Rambut bersinar dengan kopi

    Bancuh kopi pekat dan panas. Biarkan suam sebentar. Sapu bancuhan kopi pada rambut yang kering dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali dan rambut anda pasti berkilau.

    Kopi singkir selulit

    Jika anda ke farmasi dan mencari krim selulit, cuba baca bahan yang terdapat di dalamnya. Satu daripadanya ialah kopi. Lepas ini anda boleh buat sendiri krim selulit dan gunakan dua kali seminggu.

    Mula-mula alas lantai bilik air dengan surat khabar. Bancuh biji kopi dengan air panas yang dicampur satu sudu besar minyak zaitun. Berdiri di atas surat khabar dan gosok bancuhan kopi tadi pada bahagian yang berselulit. Untuk hasil lebih memuaskan, gunakan span. Selepas itu, balut bahagian yang disapu kopi tadi dengan plastik dan biarkan beberapa minit. Bilas dengan air suam.

    Buang sel kulit mati dengan kopi

    Buang sel kulit mati dan dalam masa sama kurangkan pori-pori yang terbuka. Bancuh suku cawan biji kopi yang telah digunakan dengan sebiji putih telur. Bancuh sebati dan sapu pada muka. Biar kering dan bilas dengan air suam. Jika kulit anda jenis kering, sapu pula dengan pelembap kegemaran anda.

    Mata segar dengan teh

    Jangan buang uncang teh yang telah digunakan. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk dan letak pada kelopak mata selama 10 minit. Rasa sejuk uncang teh menyamankan mata anda serta-merta.

    Teh melegakan kaki yang penat

    Rendam kaki di dalam besen air teh sejuk selama 15 minit atau dalam air teh herba pudina bagi melegakan kaki yang penat. Kesegaran aroma teh menghilangkan bau kaki setelah sehari bekerja.

    Teh sebagai rawatan wajah

    Campur satu sudu kecil oat halus bersama teh herba wangi bagi membuat skrub muka. Biar kering dan bilas. Bagaimanapun jangan lakukan jika kulit anda sensitif.

    Anda boleh juga membuat pes segar atau masker dengan mencampurkan teh herba wangi bersama susu tepung. Gosok pada muka dan biar kering. Selepas itu bersihkan dengan tisu sebelum membasuh muka.

    Teh melegakan luka

    Teh mengandungi bahan anti bakteria. Basahkan kapas dengan pekatan teh dan tekap pada luka kira-kira lima minit. Ulang lagi selama empat kali dan jangan basuh. Cara ini juga selamat pada kanak-kanak.

    Kulit kepala sihat dengan teh

    Panaskan setengah cawan minyak zaitun di dalam kuali. Campurkan dua sudu teh lavender yang telah ditumbuk dan dua isi uncang teh pudina. Jangan didihkan. Urut bahan ini pada kulit kepala. Bungkus rambut dengan penutup kepala selama 20 minit atau lebih. Bilas rambut dan keringkan. Lakukan sebulan sekali agar kulit kepala sihat dan menguatkan akar rambut.

    (Sumber Utusan Malaysia)

    Coli rosakkan payu dara



    SETIAP wanita perlu memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.


    PEMILIHAN saiz coli yang salah boleh mengakibatkan kerosakan jangka panjang pada tisu dan bentuk payu dara sekiranya terus dibiarkan.

    Pada peringkat awal perkembangan biologi tubuh wanita, payu dara adalah agak kecil dan tidak kelihatan.

    Pada usia sekitar 10 tahun pula, lapisan lemak di bawah epidermis masih lagi tidak terlalu tebal manakala ketika mencapai tahap matang, berlaku perkembangan optimum tubuh wanita. Ketika inilah pertumbuhan payu dara mulai matang.


    KAJIAN menunjukkan lebih daripada 80 peratus wanita Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payu dara.



    HARJIT KAUR





    Bagaimanapun, selepas usia 35 tahun, pertumbuhan lemak di bahagian bawah epidermis telah sempurna dan menyebabkan bentuk payu dara mula berubah dan mengendur.

    Maka, di sinilah pentingnya pemakaian coli yang betul. Pemilihan padanan coli yang sesuai dengan saiz payu dara boleh membantu memberikan satu ilusi tubuh yang lebih ramping, sempurna serta kelihatan tambah menarik.

    Menurut kajian, lebih daripada 80 peratus wanita di Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz payu dara. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap penjagaan payu dara.

    Memiliki payu dara yang cantik merupakan aset seorang wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaannya, menyebabkan payu dara jatuh atau kurang menarik.

    Menurut Konsultan Pakar Bedah Payu Dara dan Endokrin, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Harjit Kaur, golongan wanita perlu memakai coli yang bersesuaian dengan saiz payu dara bagi menguatkan sokongan luar di samping meningkatkan keselesaan dan memberi bentuk tubuh yang cantik.

    “Cara memilih coli juga perlu betul, iaitu dengan mengambil kiraan ukur lilit bahagian bawah payu dara dan ukuran lilit payu dara. Kedua-dua jumlah ini ditolak dan hasilnya adalah ukuran yang anda perlukan.

    “Misalnya, jika ukuran bawah ialah 84 sentimeter (sm) ditolak ukuran payu dara 72 sm menjadikan beza 12 sm. Bagi coli ukuran mangkuk A ialah 10 sm, B pula 12.5 sm dan C ialah 15 sm. Jika beza diperoleh 12 sm bermakna anda perlukan coli B cup.

    “Pemakaian coli yang salah dan tidak sesuai juga boleh mengakibatkan masalah-masalah belakang, sakit kepala, ketegangan leher, ruam dan menarik struktur ligamen pada tubuh badan.

    “Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada ujian yang membuktikan bahawa coli penyebab kanser payu dara. Ia hanyalah mitos,” ujarnya.

    Apa pun, menjadi satu kelaziman wanita gemar memakai coli yang mempunyai mangkuk yang terlalu kecil atau terlalu longgar di bahagian tubuh bagi menampakkan bentuk yang menawan.

    Memakai coli yang salah bukan sahaja tidak menyenangkan malah mungkin merimaskan. Jadi bagi mengelakkan terjadinya perkara yang lebih memudaratkan, wanita dinasihatkan memakai coli yang sesuai dan selesa dengan kehendak payu dara.

    (Dipetik daripada akhbar KOSMO)

    Monday, October 12, 2009

    Kurangkan stres di pejabat



    DUDUK di kerusi dengan kedua-dua tangan memegang kerusi di celah paha. Biarkan kepala tunduk sambil melengkungkan badan anda ke belakang atau biarkan kepala dongak ke belakang sambil melengkungkan badan/pinggang ke depan.

    RAMAI di antara kita akan mengalami ketegangan pada bahagian leher, bahu serta pinggang semasa atau selepas duduk lama di pejabat atau menggunakan komputer. Ketegangan ini biasanya disebabkan oleh otot-otot di bahagian leher, bahu serta pinggang bekerja atau berkontraksi secara statik (isometric contraction) dalam jangkamasa yang panjang.

    Keadaan ini berlaku ketika melakukan kerja-kerja pejabat terutama jika bekerja dalam keadaan statik melebihi satu hingga dua jam dalam satu-satu masa.

    Kontraksi statik otot-otot ini akan menyebabkan gangguan bekalan darah bernutrien dan beroksigen ke bahagian otak serta bahagian anggota pinggiran badan seperti tangan dan kaki.

    Gangguan bekalan darah ini menyebabkan permintaan keperluan metabolisma sel meningkat, pengurangan sumber tenaga melalui proses metabolisma sel-sel, pengumpulan toksin hasil metabolisma sel serta menyebabkan sistem saraf kita lebih sensitif terhadap rangsang toksin.

    Ini menyebabkan lebih lama anda mengekalkan kedudukan statik maka akan lebih tegang serta sakit yang akan anda alami pada bahagian otot leher, bahu serta pinggang.

    Kontraksi statik otot di bahagian leher dan bahu yang lama akan menyebabkan kita berasa :

    l Pening dan sakit kepala

    l Ketegangan serta sakit leher serta bahu

    l Ketegangan serta sakit otot di antara tulang belikat

    l Kebas dari bahu hingga ke hujung jari

    l Kelemahan otot bahagian leher, bahu serta tangan sehingga kita merasa tangan kita amat berat untuk menulis atau menaip

    Ini juga boleh dialami pada bahagian pinggang:

    l Ketegangan dan sakit otot di bahagian sendi pinggul serta punggung

    l Kebas dari punggung hingga ke hujung jari kaki

    l Kelemahan otot sekitar sendi pinggul, punggung serta kaki sehingga kita merasa kaki kita amat berat untuk berdiri atau berjalan

    l Kesukaran untuk menundukkan badan apabila hendak mengambil sesuatu yang terjatuh di atas lantai

    Selain pengambilan ubat penahan sakit (analgesic) atau ubat bagi mengurangkan ketegangan otot (muscle relaxant) daripada pegawai perubatan, teknik senaman dari ahli fisioterapi juga boleh dilakukan bagi mengurang dan mengelakkan keadaan ini berlaku pada anda semasa bekerja di pejabat.

    Senaman regangan ini selain membantu memperbaiki postur badan, penjagaan badan (body awareness), meningkatkan koordinasi badan.

    Ia juga dapat meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan tenaga, menggalakkan relaksasi serta mengurangkan stres.

    Tip senaman berikut boleh diamalkan jika sekiranya anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:

    l Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama 1 - 5 minit

    l Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan

    l Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan 5 - 10 kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen

    Wednesday, September 9, 2009

    PAGI@Borneo Golf

    Salam....

    Dah dkt dua bulan rasanya aku x update blog ni. Hari ni tiba2 ja teringat nak update.

    Hari Merdeka yang lps aku n the geng telah berpakat nak shoot sunrise kat borneo golf. Kami pergi shoot ni seawal jam 5 pagi. Ni la gambar2 yang agak cantik la aku upload utk tatapan pengunjung blog aku ni.

    Nak shoot gambar labah-labah ni cukup susah tau.kena baring baru dapat gambar ni.nasib la ada sifu tlg ajarkan.


    sifu (ALI) yang pakai cap hijau tengah komen gambar2 yang diambil.

    Matahari baru nak naik.

    Antara gambar sunrise yang tercantik pernah aku amik la.

    sekian....

    Wednesday, July 8, 2009

    KECEWA, TERKILAN, SEDIH...

    Salam.........
    Hari ini merupakan hari yang penuh kecewa kerana tidak dapat menghantar pasukan silat ke Pertandingan silat peringkat Ngeri Sabah di Tawau. Sepatutnya kami bertolak pada hari ni la. Tapi kami tidak dapat pergi kerana PPD Beaufort tidak ada peruntukan untuk menghantar kontinjen.

    Bayangkan lah betapa kecewanya pesilat-pesilat sekolah kerana tidak dapat pergi. Kami menunggu keputusan drpd pegawai di PPD Beaufort petang kelmarin sampai jam 6 petang. Pesilat-pesilat menunggu dengan penuh harapan, tetapi jawapannya mnegecewakan mereka semua. Mereka macam tidak percaya dan tidak mahu pulang petang kelmarin. Setelah ditenangkan oleh cikgu Shazian barlah mereka pulang dengan hampa.

    Aku pun turut kecewa juga la, sebabnya kami telah berlatih dari awal tahun lagi dan memang target tahun ini akan ada pesilat kami mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan tahun ini. Tahun lepas pesilat olahraga Siti Farah Lia telah sampai ke kebangsaan. Jadi tahun ni dia memang harapan untuk ke kebangsaan lagi. Tapi apakan daya sudah tertulis tahun ini kami tidak dapat ikut serta kerana tiada budget drpd PPD.

    Adalah menjadi harapan aku la agar pada tahun depan PPD Beaufort dapat menyediakan budget yang secukupnya untuk aktiviti kokum. Sayang la sekiranya budak yang mempunyai potensi yang hebat dinafikan potensinya hanya kerana tidak ada budget. Kita tidak sepatutnya menafikan hak pelajar untuk berjaya..

    Harap-harap lepas ni jangan la ada lagi perkara sebegini berlaku.

    Ini adalah pandangan peribadi aku saja dan tiada niat untuk mengkritik sesiapa pun pembaca laman ini.

    Sekian......

    Friday, July 3, 2009

    WAJAH - WAJAH SMKM II










    IBUBAPA TERSAYANG


    Salam...........

    Semua orang pasti mempunyai kedua ibubapa yang melahirkan, menjaga, membesarkan dan memdidik kita menjadi orang yang berguna. Tidak ada ibubapa nak melihat anak- anak hancur dalam hidup masing2.

    Aku amat bertuah kerana mempunyai kedua orang tua yang amat ambil berat dalam mendidik aku menjadi orang yang berguna sekarang ni. Aku amat menghormati kedua-dua mereka. Mereka berdua telah membuat banyak pengorbanan terhadap aku. Rasanya aku tak dapat balas dengan wang ringgit segala kasih sayang yang telah dicurahkan oleh mereka. Apa sahaja benda yang aku buat mereka akan beri sepenuh sokongan kepada aku.

    Ini ayah aku, dia seorang yang sangat cool. Aku rasa sepanjang hidup ni aku belum pernah kena teruk2 lagi la. Ayah aku ni cool saja. Apa saja yang aku buat dia memang bagi semangat dan dorongan.


    Yang ni pulak mak aku. Mak aku ni dia banyak cakap sikit. Habis semua diperiksa masa aku sekolah dulu sampai la sekarang masih sama ja.Dengan sapa aku kawan, keluar ke mana dan macam2 lagi la. Habis semua aku kena interview. Jadi x bleh nak rahsia la dgn mak aku ni. Dia akan tanya sampai dia puas hati.

    Masa aku dipostingkan ke Sabah dulu, mak aku la orang yang paling risau sekali. Dia suruh aku tukar tempat posting lain. Tapi setelah dijelaskan baru la dia ok. Sekarang ni dia dah tanya aku bila nak tukar balik ke Kedah. Aku bagitau la mungkin setahun dua lagi aku tukar la.
    Sekian...

    Friday, June 26, 2009

    RAJA BUAH




    Salam.......

    Sudah hampir 3 minggu lamanya tak update blog ni. Balik kg masa cuti sekolah hari tu kemudahan internet x da plak di rumah. Bila mula buka sekolah sibuk plak menguruskan perpindahan bini ke daerah Membakut. Syukur la akhirnya bini ditempatkan di SK Kg Brunei, Membakut. Jadi dah selesai la masalah buat masa ni.

    Ni nak cerita masa balik kampung hari tu. Masa balik hari tu buah-buahan sedang rancak berbuah terutamanya buah durian, rambutan, manggis dan cempedak. Di keliling rumah aku memang banyak pokok durian dan rambutan. Tapi sayangnya masa aku pulang hari tu buh durian masih belum masak lagi. Jadi kempunan la aku.

    Tahun ni plak pokok durian kat rumah aku lebat betul buahnya. Kalau dikira ada 7 pokok di keliling rumah tu.Setiap pokok buahnya x kurang 100 biji rasanya. Aku cuma dapat amik gambar ja la.Nak makan x sempat. Semalam mak aku tepon, dia bgtau buah durian dah mula gugur. Memang x da rezeki la aku tahun ni. Kalau tidak pagi2 celik saja mata buka pintu kutip durian terus sarapan. Memang best giler oooooooo.

    Awat la hang tak jatuh masa aku balik buah ooiiiii....
    Lambat lagi ka nak gugur....

    Durian jenis aiskrim...isi mmg mantap...
    Sekian....



    Monday, June 1, 2009

    JALAN MASJID INDIA

    Salam....

    Kelmarin aku pegi la jalan2 kat area Jalan Tunku Abd Rahman dan Jalan Masjid India.Tempat ni kira famous la di kalangan pelancong tak kira pelancong luar mahupu tempatan. Hari minggu memang ramai orang la area sana.Kalau naik keta memang susah la nak cari parking. Parking free pun susah nak cari, kebanyakannya parking berbayar la. Mahal la sikit, ada setengah tempat sekali masuk RM4, ada ikut masa dan dll. Kalau nak mudah naik ja kemudahan awam, tak kira la bas ka, LRT ka, PUTRa LRT ka dan Monorail.Semua lalu kawasan ni.

    Kat sini brg yg paling byk adalah kain pasang dan tudung.Harga pula x la mahal sangat. Ada yg jual harga borong, harga runcit dan mcm2 promosi lg. Musim2 cuti sekolah ni mmg ramai org la kat area ni.

    Para peniaga pula masa ni nak buat promosi besar besaran. Ada peniaga yg main longgok ja kain2, ada yg gantung dengan cantik dan macam2 lg. Pembeli pula ramai yg kelam mata nak memilih kain. Pembeli juga kena la pandai tawar menawar nak dapatkan harga terbaik. 

    Adam lepak kat atas longgokan kain
    Letih bah rehat sat

    Sebelah malam pula aku pergi ke uptown Danau Kota. Macam pasar malam la tempat ni. Tapi para peniaga memulakan perniagaan mereka hampir jam 10 mlm. Walaupun di buka sekitar jam 10 mlm tetap ramai juga pengunjung yg datang. Di sini macam2 brg dijual, antaranya kasut, pakaian kanak2, minyak wangi, baju dan seluar bundle dan berbagai lagi barang2. Harganya pun berpatutan bermula dari RM10 sehingga la ratus-ratus.

    Aku x sempat nak ambil gambar sebab Adam dah tidor, terpaksa dukung la. Nak tinggal dalam kereta takut plak keselamatan dia.

    Sekian......... 




    NILAI

    Salam.....

    Dah 2 hari aku jalan2 di KL.Banyak betul perubahan terutamanya jalan2 di KL.
    Di KL ni aku tinggal di rumah Pak Ngah aku.Jd save la skit budget skit.
    Hari sabtu 30hb tu, turun ja dr flight ltterus aku ke Nilai 3.Ushar2 brg kat sana. Nilai 3 dgn airpot bukan la jauh sgt. Agak2 aku  lebih kurang 20km kot. Mula2 dah ok dah ikut signboard, tp tah mcmmana tah boleh tersesat nak smpai ke Seremban. Sesat hampir 2jam ada la. Jd terpaksa la cari jln balik. Last sekali jumpa jln gak la.Dkt jam 4lbh baru smpai Nilai. Kat Nilai ni banyak betul barang2 terutamanya kain pasang la.




                               
                               Antara banner yang menarik perhatian.

     Replika pistol yang nampak macam real punya. Harga lbh kurang RM 180.


                 Adam sempat berposing lagi depan kedai perhiasan. 

    Letih jugak la kalau jalan ni. 2jam pun belum tentu habis semua kedai kita jalan. Aku x la berapa teruja sangat kat sini, sbb kebanyakannya brg2 org pompuan.Org pompuan kalau dtg sini pasti kelam mata punya nak memilih brg. Harga brg2 kat sini x  la terlalu mahal, berpatutan gak la. aku cuma tertarik dengan satu barang ja. Replika pistol dan pedang yang diframekan. Memang menarik sangat. Dah nak angkat tapi bila pikir2 balik susah nak bawa blk Sabah, jd postpone la dulu niat tu. Aku sampai kat umah Pak Ngah aku pun dah dkt jam 9 mlm.

    Sekian.............