Wednesday, February 25, 2009

TENGOK AQILAH KAT KMC

Bersantai kat atas katil Aqilah.........



bakal gegar Malaysia............




Ni masa pi melawat sepupu adam masuk hospital (KMC) sebab jatuh p astu muntah2 .Kena juga ddk dua mlm.apalagi kena la dkt RM2000.









Aqilah sepupu Adam

Monday, February 23, 2009

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD BEAUFORT 09




Salam........




Pada 18 hingga 20 feb yang lepas sekolah SMK Membakut II telah menghantar seramai 17 orang atlet dan 3 orang guru pengiring untuk menyertai kejohanan olahraga MSSD Beaufort di SMK Gadong.Dengan semangat yang berkobar-kobar para atlet telah bersiap sedia sejak awal pagi lagi.Apabila sampai ja di SMK Gadong semangat tadi telah luntur sedikit apabila melihat keadaan padang umpama sawah padi.Berkat motivasi yang diberikan oleh cikgu Kabul n cikgu Imelda terus bersemangat kembali.Hasilnya SMK Membakut II telah memperolehi 1pingat emas yang disumbangkan oleh adik Zaimah Salim melalui acara 200m dan 2 pingat gangsa yang disumbangkan oleh adik Mohd Fuad Zainal Abidin melalui acara melempar cakera serta adik Norzie Khalid melalui acara lompat tinggi.


Terima kasih diucapkan kepada semua guru pengiring yang banyak membantu sehingga ke malam.Ini kerana acara berakhir pada jam 6.30 petang.Jadi guru2 terpaksa menghantar para atlet pulang sehingga ke rumah.


Pada hari kedua Siti Farah Lia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan di bahagian pinggang semasa acara 4 X 4oo meter.Syukurlah dia tidak mengalami kecederaan yang serius.




Tahniah kepada semua atlet kerana anda telah mengharumkan nama SMK Membakut II




Sekian.....

KECERGASAN MENYELURUH

salam....
tajuk ari ni mengenai kecergasan menyeluruh.apa tu....

Kecergasan menyeluruh merangkumi 5 aspek utama.kecergasan menyeluruh membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.Seseorang individu yang telah berjaya memenuhi kelima - lima aspek ini barulah dikatakan sihat sepenuhnya.5 aspek kecergasan menyeluruh adalah:

1.Kecergasan Fizikal
adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.
2.Kecergasan Mental
adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.
3.Kecergasan Sosial
adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang brmakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.
4.Kecergasan Emosi
adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina,proaktif dan optimistik.
5.Kecergasan Rohani
adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.
Secara amnya kelima-lima aspek ini perlulah dimiliki oleh setiap individu, barulah di anggap cergas dan sihat.sekiranya kurang salah satu maka individu tersebut dianggap tidak sihat.jadi sapa-sapa yang rasa kurang tu cepat2 la perbetul.yang dah rasa sihat teruskan dengan aktiviti anda.
sekian....

Sunday, February 15, 2009

GEREK BARU




setelah 2 mggu adam minta basikal baru kemarin aku beli utk dia.tupun dah petang br pi beli.beli kat kedai pakistan d pekan membakut.harga bleh tahan gak la RM130.dpt ja basikal ptg kemarin trus dia naik sampai magrib.tu pun xmau masuk umah.semalam asyik cakap pasai basikal ja la.puas melayan kerenah dia.pagi tadi, buka mata ja trus cari basikal.benda lain xmau dah.nak naik basikal baru adam, dia kata.abis semua org yg dia jumpa, dia bgtau basikal baru adam abah beli.walaupun basikal tu tggi skit,adam naik juga.ingatkan dia takut.tengok la aksi dia bergaya dgn basikal baru.Husna (anak mawi)kawan dia main basikal.

Saturday, February 14, 2009

bola oh bola


RANKING MALAYSIA JATUH LAGI.
Logo ni aku amik dr satu blog.dah lama dah aku amik tahun lps rasanya.cuba perhati betul2 LOGO ni.apa yg x kena

tajuk berita sukan hari ni.apa dah jd dgn bolasepak negara kita.ranking kita dah jauh tertinggal dgn negara jiran Thailand, Singapura dan Indon.kita di tpt 161 dunia.dulu kita punya la hebat.sebut saja Malaysia, negara jiran semua kecut perut.tp la ni depa gelak ja dengar MAlaysia.cukup sedih dgn senario yg berlaku la ni.Lepas kalah dgn UAE ari tu,Sathia kata Liga Malaysia bukan bolasepak.tup-tup kena pecat.

Bolasepak ni bukan la teruk sangat.nak kata x dak kemudahan, kita ada berapa puluh stadium di malaysia.nak kata x dak coach kita ada beribu coach y ada lesen tu x termasuk lg yg x da lesen.tp apa yg x kena pun x tau.

Aku rasa la kita kena mula dr sekolah lg.kita kena ajar asas bolasepak kat pelajar.apa yg berlaku la ni.bdk2 dpt bola terus ja sepak.bila kita ajar depa belagak pandai.tu la masalah dia.bila buat latihan fitness ada yg tuang latihan.tu yg susah.

Satu lg kita kena bt byk liga sepanjang tahun yg libatkan bdk sekolah.baru la bdk boleh kembangkan bakat.ni tidak bt perlawanan 3 hari pastu tggu thn depan la plak br ada lg.ni yg berlaku di tpt mengajar aku sekarang.mcmana bdk2 nak kembangkan.

Thursday, February 12, 2009

sukan tahunan 2009

sukan tahunan SMK MEmbakut II sepatutnya 18 - 20 Feb 2009 tp bertembung plak dgn sukan peringkat daerah.jd sek pun tukar tarikh ke 11-12 feb.aku apa lg trus la kerja keras siapkan pdg dan borang2 bersama geng2 kabul n joe.akhirnya semua bejalan dgn lancar di tambah dgn kerjasama kawan2 yg lain.terima kasih kpd semua kawan2 yang bertungkus lumus dan bekerjasama utk menjayakan sukan tahunan kita tahun ni.semoga kerja kita akan diberkati.
Apa yg ingin diperkatakan di sini adalah sikap pelajar yang tidak pernah berubah.sejak bertugas dr 2005 sampai la sekarang 2009 sikap pelajar tetap sama.
perkara pertama yang membuatkan saya kurang senang adalah sikap berlagak hebat.ramai pelajar berlagak hebat nak tunjuk dia la jaguh tp akhirnya kecundang.rata-rata pelajar malas utk bt latihan.mereka hanya tggu hari bertanding sj.mereka ini telah menyusahkan cikgu saudah dan org2nya.ramai pelajar yg jatuh,kejang dan mcm2 lg.
perkara kedua, pelajar suka buang sampah merata2 tempat walaupun sudah ditegur berkali-kali oleh guru2.lihat saja padang bila selesai sukan, botol2 mineral n plastik bersepah dimerata2.itu belum lg kulit gula n gulla2 getah.
perkara ketiga,pelajar suka sgt memakai baju berwarna hitam yg mempunyai logo2,lambang2 dan tulisan yg x sepatutnya spt "punk not dead,anarchy" dll.bila di tanya apa yg maksud tulisan n logo2 tu mereka x tahu.
sekiranya nak senarai memang banyak lagi.cukup la 3 sj.
pelajar2 SMK Membakut II bangkit lah dari khayalan.
ayuh buktikan anda semua terbaik....
ubahlah sikap negatif........

letih




kesian kat adam dah dkt 2mggu ikut aku p sek.aku plak sibuk nak siapkan pdg utk sukan sekolah.adam pun apa lg sibuk tlg gak la bt garisan balapan.aku tuang minyak, dia pun sama.jemur panas sampai merah muka.kalau opah dia tau abissss aku kena tiau.punya la dia letih smpai tidur ja kat mana2.tgk la gambar ni.nyenyak abis dia.tp syukur la dia x pun demam ka sakit ka.

kambing BBQ



masa blk kg cuti sek bln 12 ari tu sempat p katering.katering ni kakak yg punya.aku p tlg ja.masa raya haji dpt satu projek kambing BBQ.nak bt brg ni bkn senang.amik masa sampai satu hari baru siap.dr proses bahan rempah ratus nak peram sampai la bakar aku dgn sorang chef expert yg buat.chef ni mmg expert la.nama dia azizul bekas chef army.dia mmg power.setelah bertungkus lumus ni la hasil kami.x sampai sejam dah habis kena mkn.
sapa2 nak order la aku tlg bikin

best player





bakal pemain bolasepak dlm pembikinan.
tgk la aksi adam bila dpat bola.dia cukup suka pakai baju merah.jd bg la jersi MU kat adam.



Wednesday, February 4, 2009


besday adam yg ke 2 thn lps aku xdpt celebrate sama2.

aku d sabah adam d kedah.

Tuesday, February 3, 2009




gambar raya 08.gambar ni saja yg aku sempat amik tahun lepas.
ni kat umah bini aku
anak aku adam kacau nak main kamera.aku trus simpan ja la kamera

baru nak test main blog ni.

ni gambar adam.....masa 6 bulan