Salam.........
Hari ini merupakan hari yang penuh kecewa kerana tidak dapat menghantar pasukan silat ke Pertandingan silat peringkat Ngeri Sabah di Tawau. Sepatutnya kami bertolak pada hari ni la. Tapi kami tidak dapat pergi kerana PPD Beaufort tidak ada peruntukan untuk menghantar kontinjen.
Bayangkan lah betapa kecewanya pesilat-pesilat sekolah kerana tidak dapat pergi. Kami menunggu keputusan drpd pegawai di PPD Beaufort petang kelmarin sampai jam 6 petang. Pesilat-pesilat menunggu dengan penuh harapan, tetapi jawapannya mnegecewakan mereka semua. Mereka macam tidak percaya dan tidak mahu pulang petang kelmarin. Setelah ditenangkan oleh cikgu Shazian barlah mereka pulang dengan hampa.
Aku pun turut kecewa juga la, sebabnya kami telah berlatih dari awal tahun lagi dan memang target tahun ini akan ada pesilat kami mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan tahun ini. Tahun lepas pesilat olahraga Siti Farah Lia telah sampai ke kebangsaan. Jadi tahun ni dia memang harapan untuk ke kebangsaan lagi. Tapi apakan daya sudah tertulis tahun ini kami tidak dapat ikut serta kerana tiada budget drpd PPD.
Adalah menjadi harapan aku la agar pada tahun depan PPD Beaufort dapat menyediakan budget yang secukupnya untuk aktiviti kokum. Sayang la sekiranya budak yang mempunyai potensi yang hebat dinafikan potensinya hanya kerana tidak ada budget. Kita tidak sepatutnya menafikan hak pelajar untuk berjaya..
Harap-harap lepas ni jangan la ada lagi perkara sebegini berlaku.
Ini adalah pandangan peribadi aku saja dan tiada niat untuk mengkritik sesiapa pun pembaca laman ini.
Sekian......
sabo je la
ReplyDeleteOrang yang mengalami sahaja yang akan faham perasaan tu....memang payah orang nak faham sebenarnya....terlalu banyak dugaan dan ujian tahun ini...mudah-mudahan ALLAH akan balas dengan nikmat yang tak berbelah bagi.....kirim salam saya kepada semua para pesilat, PK Kokum dan juga Pn. Pengetua....hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu ......???
ReplyDeleteTeruskan perjuangan mengangkat dan mempertahan budaya bangsa....