Monday, June 1, 2009

NILAI

Salam.....

Dah 2 hari aku jalan2 di KL.Banyak betul perubahan terutamanya jalan2 di KL.
Di KL ni aku tinggal di rumah Pak Ngah aku.Jd save la skit budget skit.
Hari sabtu 30hb tu, turun ja dr flight ltterus aku ke Nilai 3.Ushar2 brg kat sana. Nilai 3 dgn airpot bukan la jauh sgt. Agak2 aku  lebih kurang 20km kot. Mula2 dah ok dah ikut signboard, tp tah mcmmana tah boleh tersesat nak smpai ke Seremban. Sesat hampir 2jam ada la. Jd terpaksa la cari jln balik. Last sekali jumpa jln gak la.Dkt jam 4lbh baru smpai Nilai. Kat Nilai ni banyak betul barang2 terutamanya kain pasang la.




                           
                           Antara banner yang menarik perhatian.

 Replika pistol yang nampak macam real punya. Harga lbh kurang RM 180.


             Adam sempat berposing lagi depan kedai perhiasan. 

Letih jugak la kalau jalan ni. 2jam pun belum tentu habis semua kedai kita jalan. Aku x la berapa teruja sangat kat sini, sbb kebanyakannya brg2 org pompuan.Org pompuan kalau dtg sini pasti kelam mata punya nak memilih brg. Harga brg2 kat sini x  la terlalu mahal, berpatutan gak la. aku cuma tertarik dengan satu barang ja. Replika pistol dan pedang yang diframekan. Memang menarik sangat. Dah nak angkat tapi bila pikir2 balik susah nak bawa blk Sabah, jd postpone la dulu niat tu. Aku sampai kat umah Pak Ngah aku pun dah dkt jam 9 mlm.

Sekian.............

Friday, May 29, 2009

CUTI SEKOLAH & ULANG TAHUN KAWIN

Salam.....

 Esok bermula la cuti sekolah bg negeri2 selain Kedah, Kelantan dan Terengganu. Cuti sekolah ni bermacam2 benda kita boleh buat. Bagi cikgu2 inilah masa nak balik kampung halaman melawat kedua2 org tua. Bagi pelajar plak nilah masa nak tidur sakan sampai tengahari.

Cuti tahun ni aku balik ke kampung aku di negeri Kedah Darulaman. Dah hampir 6 bulan aku x menjenguk kedua2 org tuaku. Hanya berhubung melalui telefon ja. Dah x sabar lagi rasanya nak berjumpa org tua. Tambahan pula sekarang ni musim buah2an sedang rancak di kampungku. Buah durian, rambutan, cempedak dan beberapa lagi buah memang ada di belakang rumahku. Kalau rasa nak makan rambutan terus ja panjat makan atas pokok. Memang fresh la. Mak dan Ayah ku dah berkali2 tanya flight sampai jam berapa. Rasanya diorang pun dah x sabar nak jumpa kami anak beranak.

Esok juga adalah ulangtahun perkahwinan aku yang ke 4 bersama isteri tersayang. Mcam x sedar dah 4 tahun kami hidup bersama. Memang banyak dugaan yg kami tempuhi sepanjang 4 tahun ini. Tahun lepas la dugaan paling hebat, kami terpaksa berjauhan selama 1 tahun demi tugasan masing2. Biniku di Maktab Perguruan Tunku Bainun Pulau Pinang mengikuti KPLI. Aku pula di Sabah, anak pula terpaksa kami hantar tinggal bersama opahnya. Tahun ini kami kembali bersama di Sabah meneruskan kehidupan seperti biasa.

Sekian.....




Monday, May 25, 2009

TANDA KERTAS

Salam......

Dah lama aku x update blog ni. Nak kata sibuk sangant tak la jugak. Minggu ni tengah layan kertas jawapan budak2 exam.Kalau boleh nak siapkan sebelum cuti ni supaya lapang sikit bila balik bercuti nanti.

Setakat ni dah siap menanda kertas Sivik bdk ting 3Ab. Senang ja nak tanda sebab bdk tinggal banyak ruangan kosong.Soalan bukannya payah sangat. Ada satu gambar yang menunjukan orang tengah gotong royong. Bdk2cuma kena huraikan sekiranya budaya gotong royang dijadikan amalan di sekolah, apa kebaikan yang kita dpt. soalan kedua kena tulis esei tentang jenis pencemaran, punca dan langkah utk mengatasinya. Senangkan...

Tapi yg kecewanya bdk x bleh nak jawab.

Sekian..

Monday, May 18, 2009

PEPERIKSAAN SEMESTER N RESULT PTK

Salam.......

Hari ni peperiksaan semester pertama SMK Membakut II telah bermula untuk semua pelajar. Pelajar tingkatan 1 hingga 3 cuma seminggu saja tetapi pelajar tingkatan 4 hingga 6 atas 2 minggu.
 
Aku bertugas untuk mengawas pelajar tingkatan 3 bersama Mr Mozaki dan Cikgu Yaakub Malek. Kami bertiga ni kira satu shift la. Pelajar tingkatan 3 menjawab di dalam dewan peperiksaan agar mereka seolah - olah mengalami PMR sebenar.

Bercerita pasal peperiksaan juga, hari ini keputusan peperiksaan PTK telah pun keluar dan boleh disemak melalui sms.Peperiksaan PTK atau Penilaian Tahap Kecekapan ini wajib diambil oleh semua penjawat awam di Malaysia.

Tengah syok menjaga pelajar tadi, aku dan Mr Mozaki pun cuba la menyemak dengan menaip sms di telefon. Taip saja PTK jarak no ic pastu send ke 39003. Tak sampai seminit terus keluar keputusan. Macam  tak percaya plak keputusan yang keluar. Aku dapat level 3 bagi kertas umum dan level 4 bagi kertas khusus. Level 3 ni dah kira lulus la, level 4 plak cemerlang. Aku macam tak percaya plak sebab aku bukannya study sangat untuk PTK ni. Kalu nak anjakan gaji kena dua2 kertas dapat level 4. Mr Mozaki plak dapat level 4 bagi kertas umum dan level 3 bagi kertas khusus.

Kepada yang belum semak lagi cepat2 la semak. Untuk peperiksaan bulan 8 tarikh tutup pendaftaran hujung bulan ni.

Sekian.....

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

Salam............

Selamat HAri Guru kepada semua rakan2 guru yang membaca laman ini.

Sekian.....

Tuesday, May 12, 2009

TAK PI SEKOLAH

Salam........

Hari ni x pegi sekolah, Adam demam asyik menangis saja. Aku pula selesema. Adam dah demam hampir 2 minggu dah tapi tak la teruk sangat.Aku rasa dia rindu kat umi dia. Masa hari kerja Adam tinggal dgn aku ja, hari jumaat baru la amik umi dia kat Sipitang.

Dah 2 minggu juga la aku ulang alik hantar dan amik umi Adam di Sipitang.Keluar seawal 5.30pg ke Sipitang lepas tu baru la aku ke sekolah. Sampai di sekolah pun dah hampir 7.30pg. Kalau begini sepanjang tahun tak boleh jadi.Teruk aku, minyak kereta yang cakap la, yang paling aku kesian Adam la tak cukup rehat.Kena bangun awal tiap2 hari.

Harap2 permohonan perpindahan bini aku akan diluluskan oleh JPN Sabah. Sebenarnya aku cukup terkilan dengan JPN Sabah sebab menempatkan bini aku terlalu jauh. Sebelum surat penempatan dikeluarkan, aku telah pergi menguruskan pada Nov 2008 di bahagian Sektor Pengurusan Sekolah (SPS).Segala dokumen2 yang diperlukan telah aku sertakan. Tapi bila keluar surat perkara sebaliknya berlaku.Aku pegi lagi ke SPS terus berjumpa dengan Ketua Sektor. Jawapan yang diberikan amat menghampakan, terima ja la Qada dan Qadar Allah. Kami tak boleh buat apa2 dah pergi ja melapor.Nanti baru mohon pindah.Aku mempersoalkan apa gunanya segala dokumen yang aku beri semasa Nov 2008. Yang peliknya lagi semasa mengisi borang posting semua maklumat suami terdapat dalam borang. Jadi apa gunanya ambil maklumat suami, adakah sekadar syarat untuk memenuhkan borang saja. Aku pun tak faham kenapa JPN nak merumitkan perkara ni. Terus terang aku cakap, prestasi kerja sedikit terganggu dengan situasi yang berlaku ni.

Sekarang aku menunggu keputusan perpindahan untuk bulan 6 nanti. Terima kasih kepada Pengetua Pn Tuan Maimun kerana menolong untuk perpindahan bini aku.Kalau tak dapat juga aku akan terus mengisi borang perpindahan antara negeri hujung tahun ini. Buat apa lagi nak berkhidmat di sini jika kebajikan kita tidak dipedulikan oleh JPN Sabah. 

tulisan ini tak berniat utk mengguris sesiapa.sekadar luahan perasan aku saja

Sekian...


Sunday, May 10, 2009

LEPAK HUJUNG MINGGU

Salam.....

Selamat Hari Ibu kepada ibu2 di Malaysia walaupun lewat tapi masih ok la.
Kelmarin kami sekeluarga macam biasa jika x da apa dan rasa boring turun la ke KK. Satu-satunya tempat nak lepas boring.Kebetulan pula malam kelmarin ada friendly futsal di KK. Jadi terus stay la di KK.

Kelmarin juga pagi-pagi lagi ustaz Azman dah tepon. Rupa-rupanya dia dalam kesusahan, tayar kereta pancit. Tanpa membuang masa lepas jamah sikit makanan terus pecut ke lokasi yang dia beritahu. Sampai ja di sana dia dah basah bermandikan peluh, buka tayar. Aku tolong apa yang perlu pastu kami terus ke Beaufort "mengusai" (bahasa Brunei) tayar pancit. Siap ja semua pergi minum di Satay House.

Sampai di rumah pun dah dekat 9.30 pagi. Bini dan anak dah siap utk pi KK. Lepas mandi ja terus memecut ke KK. Sampai di Putatan isi perut dulu, mkn tengahari. Selesai makan terus pegi cari budget hotel. Mula2 tu cari di Segama, susah sangat dapat parking pegi area Kg Air plak. Dapat juga la bilik kat sana. Bukan apa pok senang nak pegi pasar malam kat Kg Air. Pasar malam ni la tempat org pompuan suka sebab banyak mutiara dan kristal.

Lepas check in rehat sekejap, bagi hilang lenguh2 badan.Lebih kurang pukul 2 pegi ke Center Point.Tujuan nak jalan saja ushar kerenah orang kat sana.Kat CP hujung2 minggu begini memang ramai la makhluk Allah. Bermacam2 ragam boleh di lihat. MAsa tengah jalan kat area bawah sekali aku disapa oleh seseorang. Dia nak jual barang panas kat aku. Kamera Digital SAMSUNG, nampak mcm dslr.Dia takut2, tunjuk pun sembunyi2. Mula2 letak harga sampai RM500, dia cakap brg tu RM3k lbh. Dah la berbau arak busuk lagi tu.aku cakap x dak duit cuma ada RM100 ja. Dia terus pujuk gak sampai turunkan harga RM150. Aku mula tu dah tertarik tapi bila fikir balik kalau perangkap ni mampus aku. Dah la anak bini ikut sekali, macam mana nak lari. Last sekali aku tolak dgn baik.Lepas tu dtg pulak kawan dia nak bg harga RM100 ja. Aku tolak gak, bahaya kalau apa2 berlaku. Lepas tu aku terus la blah dari CP pegi tempat lain plak.

Apa pandangan korang kalau berada di tempat aku masa tu.

Sekian...