Tuesday, May 12, 2009

TAK PI SEKOLAH

Salam........

Hari ni x pegi sekolah, Adam demam asyik menangis saja. Aku pula selesema. Adam dah demam hampir 2 minggu dah tapi tak la teruk sangat.Aku rasa dia rindu kat umi dia. Masa hari kerja Adam tinggal dgn aku ja, hari jumaat baru la amik umi dia kat Sipitang.

Dah 2 minggu juga la aku ulang alik hantar dan amik umi Adam di Sipitang.Keluar seawal 5.30pg ke Sipitang lepas tu baru la aku ke sekolah. Sampai di sekolah pun dah hampir 7.30pg. Kalau begini sepanjang tahun tak boleh jadi.Teruk aku, minyak kereta yang cakap la, yang paling aku kesian Adam la tak cukup rehat.Kena bangun awal tiap2 hari.

Harap2 permohonan perpindahan bini aku akan diluluskan oleh JPN Sabah. Sebenarnya aku cukup terkilan dengan JPN Sabah sebab menempatkan bini aku terlalu jauh. Sebelum surat penempatan dikeluarkan, aku telah pergi menguruskan pada Nov 2008 di bahagian Sektor Pengurusan Sekolah (SPS).Segala dokumen2 yang diperlukan telah aku sertakan. Tapi bila keluar surat perkara sebaliknya berlaku.Aku pegi lagi ke SPS terus berjumpa dengan Ketua Sektor. Jawapan yang diberikan amat menghampakan, terima ja la Qada dan Qadar Allah. Kami tak boleh buat apa2 dah pergi ja melapor.Nanti baru mohon pindah.Aku mempersoalkan apa gunanya segala dokumen yang aku beri semasa Nov 2008. Yang peliknya lagi semasa mengisi borang posting semua maklumat suami terdapat dalam borang. Jadi apa gunanya ambil maklumat suami, adakah sekadar syarat untuk memenuhkan borang saja. Aku pun tak faham kenapa JPN nak merumitkan perkara ni. Terus terang aku cakap, prestasi kerja sedikit terganggu dengan situasi yang berlaku ni.

Sekarang aku menunggu keputusan perpindahan untuk bulan 6 nanti. Terima kasih kepada Pengetua Pn Tuan Maimun kerana menolong untuk perpindahan bini aku.Kalau tak dapat juga aku akan terus mengisi borang perpindahan antara negeri hujung tahun ini. Buat apa lagi nak berkhidmat di sini jika kebajikan kita tidak dipedulikan oleh JPN Sabah. 

tulisan ini tak berniat utk mengguris sesiapa.sekadar luahan perasan aku saja

Sekian...


3 comments:

  1. sabar ba ko ni, skrg bini dah post at Sabah, bule dikira ok dah bule jumpa bini setiap minggu, berbanding tahun lepas, lg lama ko 'BERPUASA',....apa2 pun semoga masalah cepat diselesaikan. from: Mantap

    ReplyDelete
  2. Besar ujian tu...tak semua orang faham. Sabar jer la dulu...betul cakap Takilala, mungkin ada hikmah yang kita tak tahu....

    Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri....pilih la hujan mana..?

    ReplyDelete