Wednesday, July 8, 2009

KECEWA, TERKILAN, SEDIH...

Salam.........
Hari ini merupakan hari yang penuh kecewa kerana tidak dapat menghantar pasukan silat ke Pertandingan silat peringkat Ngeri Sabah di Tawau. Sepatutnya kami bertolak pada hari ni la. Tapi kami tidak dapat pergi kerana PPD Beaufort tidak ada peruntukan untuk menghantar kontinjen.

Bayangkan lah betapa kecewanya pesilat-pesilat sekolah kerana tidak dapat pergi. Kami menunggu keputusan drpd pegawai di PPD Beaufort petang kelmarin sampai jam 6 petang. Pesilat-pesilat menunggu dengan penuh harapan, tetapi jawapannya mnegecewakan mereka semua. Mereka macam tidak percaya dan tidak mahu pulang petang kelmarin. Setelah ditenangkan oleh cikgu Shazian barlah mereka pulang dengan hampa.

Aku pun turut kecewa juga la, sebabnya kami telah berlatih dari awal tahun lagi dan memang target tahun ini akan ada pesilat kami mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan tahun ini. Tahun lepas pesilat olahraga Siti Farah Lia telah sampai ke kebangsaan. Jadi tahun ni dia memang harapan untuk ke kebangsaan lagi. Tapi apakan daya sudah tertulis tahun ini kami tidak dapat ikut serta kerana tiada budget drpd PPD.

Adalah menjadi harapan aku la agar pada tahun depan PPD Beaufort dapat menyediakan budget yang secukupnya untuk aktiviti kokum. Sayang la sekiranya budak yang mempunyai potensi yang hebat dinafikan potensinya hanya kerana tidak ada budget. Kita tidak sepatutnya menafikan hak pelajar untuk berjaya..

Harap-harap lepas ni jangan la ada lagi perkara sebegini berlaku.

Ini adalah pandangan peribadi aku saja dan tiada niat untuk mengkritik sesiapa pun pembaca laman ini.

Sekian......

Friday, July 3, 2009

WAJAH - WAJAH SMKM II










IBUBAPA TERSAYANG


Salam...........

Semua orang pasti mempunyai kedua ibubapa yang melahirkan, menjaga, membesarkan dan memdidik kita menjadi orang yang berguna. Tidak ada ibubapa nak melihat anak- anak hancur dalam hidup masing2.

Aku amat bertuah kerana mempunyai kedua orang tua yang amat ambil berat dalam mendidik aku menjadi orang yang berguna sekarang ni. Aku amat menghormati kedua-dua mereka. Mereka berdua telah membuat banyak pengorbanan terhadap aku. Rasanya aku tak dapat balas dengan wang ringgit segala kasih sayang yang telah dicurahkan oleh mereka. Apa sahaja benda yang aku buat mereka akan beri sepenuh sokongan kepada aku.

Ini ayah aku, dia seorang yang sangat cool. Aku rasa sepanjang hidup ni aku belum pernah kena teruk2 lagi la. Ayah aku ni cool saja. Apa saja yang aku buat dia memang bagi semangat dan dorongan.


Yang ni pulak mak aku. Mak aku ni dia banyak cakap sikit. Habis semua diperiksa masa aku sekolah dulu sampai la sekarang masih sama ja.Dengan sapa aku kawan, keluar ke mana dan macam2 lagi la. Habis semua aku kena interview. Jadi x bleh nak rahsia la dgn mak aku ni. Dia akan tanya sampai dia puas hati.

Masa aku dipostingkan ke Sabah dulu, mak aku la orang yang paling risau sekali. Dia suruh aku tukar tempat posting lain. Tapi setelah dijelaskan baru la dia ok. Sekarang ni dia dah tanya aku bila nak tukar balik ke Kedah. Aku bagitau la mungkin setahun dua lagi aku tukar la.
Sekian...

Friday, June 26, 2009

RAJA BUAH




Salam.......

Sudah hampir 3 minggu lamanya tak update blog ni. Balik kg masa cuti sekolah hari tu kemudahan internet x da plak di rumah. Bila mula buka sekolah sibuk plak menguruskan perpindahan bini ke daerah Membakut. Syukur la akhirnya bini ditempatkan di SK Kg Brunei, Membakut. Jadi dah selesai la masalah buat masa ni.

Ni nak cerita masa balik kampung hari tu. Masa balik hari tu buah-buahan sedang rancak berbuah terutamanya buah durian, rambutan, manggis dan cempedak. Di keliling rumah aku memang banyak pokok durian dan rambutan. Tapi sayangnya masa aku pulang hari tu buh durian masih belum masak lagi. Jadi kempunan la aku.

Tahun ni plak pokok durian kat rumah aku lebat betul buahnya. Kalau dikira ada 7 pokok di keliling rumah tu.Setiap pokok buahnya x kurang 100 biji rasanya. Aku cuma dapat amik gambar ja la.Nak makan x sempat. Semalam mak aku tepon, dia bgtau buah durian dah mula gugur. Memang x da rezeki la aku tahun ni. Kalau tidak pagi2 celik saja mata buka pintu kutip durian terus sarapan. Memang best giler oooooooo.

Awat la hang tak jatuh masa aku balik buah ooiiiii....
Lambat lagi ka nak gugur....

Durian jenis aiskrim...isi mmg mantap...
Sekian....



Monday, June 1, 2009

JALAN MASJID INDIA

Salam....

Kelmarin aku pegi la jalan2 kat area Jalan Tunku Abd Rahman dan Jalan Masjid India.Tempat ni kira famous la di kalangan pelancong tak kira pelancong luar mahupu tempatan. Hari minggu memang ramai orang la area sana.Kalau naik keta memang susah la nak cari parking. Parking free pun susah nak cari, kebanyakannya parking berbayar la. Mahal la sikit, ada setengah tempat sekali masuk RM4, ada ikut masa dan dll. Kalau nak mudah naik ja kemudahan awam, tak kira la bas ka, LRT ka, PUTRa LRT ka dan Monorail.Semua lalu kawasan ni.

Kat sini brg yg paling byk adalah kain pasang dan tudung.Harga pula x la mahal sangat. Ada yg jual harga borong, harga runcit dan mcm2 promosi lg. Musim2 cuti sekolah ni mmg ramai org la kat area ni.

Para peniaga pula masa ni nak buat promosi besar besaran. Ada peniaga yg main longgok ja kain2, ada yg gantung dengan cantik dan macam2 lg. Pembeli pula ramai yg kelam mata nak memilih kain. Pembeli juga kena la pandai tawar menawar nak dapatkan harga terbaik. 

Adam lepak kat atas longgokan kain
Letih bah rehat sat

Sebelah malam pula aku pergi ke uptown Danau Kota. Macam pasar malam la tempat ni. Tapi para peniaga memulakan perniagaan mereka hampir jam 10 mlm. Walaupun di buka sekitar jam 10 mlm tetap ramai juga pengunjung yg datang. Di sini macam2 brg dijual, antaranya kasut, pakaian kanak2, minyak wangi, baju dan seluar bundle dan berbagai lagi barang2. Harganya pun berpatutan bermula dari RM10 sehingga la ratus-ratus.

Aku x sempat nak ambil gambar sebab Adam dah tidor, terpaksa dukung la. Nak tinggal dalam kereta takut plak keselamatan dia.

Sekian......... 




NILAI

Salam.....

Dah 2 hari aku jalan2 di KL.Banyak betul perubahan terutamanya jalan2 di KL.
Di KL ni aku tinggal di rumah Pak Ngah aku.Jd save la skit budget skit.
Hari sabtu 30hb tu, turun ja dr flight ltterus aku ke Nilai 3.Ushar2 brg kat sana. Nilai 3 dgn airpot bukan la jauh sgt. Agak2 aku  lebih kurang 20km kot. Mula2 dah ok dah ikut signboard, tp tah mcmmana tah boleh tersesat nak smpai ke Seremban. Sesat hampir 2jam ada la. Jd terpaksa la cari jln balik. Last sekali jumpa jln gak la.Dkt jam 4lbh baru smpai Nilai. Kat Nilai ni banyak betul barang2 terutamanya kain pasang la.




                           
                           Antara banner yang menarik perhatian.

 Replika pistol yang nampak macam real punya. Harga lbh kurang RM 180.


             Adam sempat berposing lagi depan kedai perhiasan. 

Letih jugak la kalau jalan ni. 2jam pun belum tentu habis semua kedai kita jalan. Aku x la berapa teruja sangat kat sini, sbb kebanyakannya brg2 org pompuan.Org pompuan kalau dtg sini pasti kelam mata punya nak memilih brg. Harga brg2 kat sini x  la terlalu mahal, berpatutan gak la. aku cuma tertarik dengan satu barang ja. Replika pistol dan pedang yang diframekan. Memang menarik sangat. Dah nak angkat tapi bila pikir2 balik susah nak bawa blk Sabah, jd postpone la dulu niat tu. Aku sampai kat umah Pak Ngah aku pun dah dkt jam 9 mlm.

Sekian.............

Friday, May 29, 2009

CUTI SEKOLAH & ULANG TAHUN KAWIN

Salam.....

 Esok bermula la cuti sekolah bg negeri2 selain Kedah, Kelantan dan Terengganu. Cuti sekolah ni bermacam2 benda kita boleh buat. Bagi cikgu2 inilah masa nak balik kampung halaman melawat kedua2 org tua. Bagi pelajar plak nilah masa nak tidur sakan sampai tengahari.

Cuti tahun ni aku balik ke kampung aku di negeri Kedah Darulaman. Dah hampir 6 bulan aku x menjenguk kedua2 org tuaku. Hanya berhubung melalui telefon ja. Dah x sabar lagi rasanya nak berjumpa org tua. Tambahan pula sekarang ni musim buah2an sedang rancak di kampungku. Buah durian, rambutan, cempedak dan beberapa lagi buah memang ada di belakang rumahku. Kalau rasa nak makan rambutan terus ja panjat makan atas pokok. Memang fresh la. Mak dan Ayah ku dah berkali2 tanya flight sampai jam berapa. Rasanya diorang pun dah x sabar nak jumpa kami anak beranak.

Esok juga adalah ulangtahun perkahwinan aku yang ke 4 bersama isteri tersayang. Mcam x sedar dah 4 tahun kami hidup bersama. Memang banyak dugaan yg kami tempuhi sepanjang 4 tahun ini. Tahun lepas la dugaan paling hebat, kami terpaksa berjauhan selama 1 tahun demi tugasan masing2. Biniku di Maktab Perguruan Tunku Bainun Pulau Pinang mengikuti KPLI. Aku pula di Sabah, anak pula terpaksa kami hantar tinggal bersama opahnya. Tahun ini kami kembali bersama di Sabah meneruskan kehidupan seperti biasa.

Sekian.....