Monday, February 23, 2009

KECERGASAN MENYELURUH

salam....
tajuk ari ni mengenai kecergasan menyeluruh.apa tu....

Kecergasan menyeluruh merangkumi 5 aspek utama.kecergasan menyeluruh membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.Seseorang individu yang telah berjaya memenuhi kelima - lima aspek ini barulah dikatakan sihat sepenuhnya.5 aspek kecergasan menyeluruh adalah:

1.Kecergasan Fizikal
adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.
2.Kecergasan Mental
adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.
3.Kecergasan Sosial
adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang brmakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.
4.Kecergasan Emosi
adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina,proaktif dan optimistik.
5.Kecergasan Rohani
adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.
Secara amnya kelima-lima aspek ini perlulah dimiliki oleh setiap individu, barulah di anggap cergas dan sihat.sekiranya kurang salah satu maka individu tersebut dianggap tidak sihat.jadi sapa-sapa yang rasa kurang tu cepat2 la perbetul.yang dah rasa sihat teruskan dengan aktiviti anda.
sekian....

No comments:

Post a Comment