Monday, February 23, 2009

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD BEAUFORT 09




Salam........




Pada 18 hingga 20 feb yang lepas sekolah SMK Membakut II telah menghantar seramai 17 orang atlet dan 3 orang guru pengiring untuk menyertai kejohanan olahraga MSSD Beaufort di SMK Gadong.Dengan semangat yang berkobar-kobar para atlet telah bersiap sedia sejak awal pagi lagi.Apabila sampai ja di SMK Gadong semangat tadi telah luntur sedikit apabila melihat keadaan padang umpama sawah padi.Berkat motivasi yang diberikan oleh cikgu Kabul n cikgu Imelda terus bersemangat kembali.Hasilnya SMK Membakut II telah memperolehi 1pingat emas yang disumbangkan oleh adik Zaimah Salim melalui acara 200m dan 2 pingat gangsa yang disumbangkan oleh adik Mohd Fuad Zainal Abidin melalui acara melempar cakera serta adik Norzie Khalid melalui acara lompat tinggi.


Terima kasih diucapkan kepada semua guru pengiring yang banyak membantu sehingga ke malam.Ini kerana acara berakhir pada jam 6.30 petang.Jadi guru2 terpaksa menghantar para atlet pulang sehingga ke rumah.


Pada hari kedua Siti Farah Lia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan di bahagian pinggang semasa acara 4 X 4oo meter.Syukurlah dia tidak mengalami kecederaan yang serius.




Tahniah kepada semua atlet kerana anda telah mengharumkan nama SMK Membakut II




Sekian.....

No comments:

Post a Comment